apa cite yea???

July 14th, 2008 by pinggiran

hye semua

hari ni mmg byk yg berlaku.namun itu semua mematangkan aku dan membuat aku makin dewasa.best gak ayat ni.apapun aku insan yg patut menghargai insan2 disekelilingku.even dorang jugalah yg jadi racun dan penawar dlm hidup ku…..

salam bahgia,

shima_azmir

mcm2 ada….

July 6th, 2008 by pinggiran

Well hari2 yg mendatang sememangnya menjadikan kite semakin matang dlm berfikir.namun apa yg pasti hidup mmg byk pancaroba yg perlu dilalui setiap hari.walaupun begitu,itu smua lumrah dlm kehidupan.

Dont give up la senang cakap.tapi kan masih terlalu byk yg perlu kita fikirkan.Mana ada manusia yg hidupnya takde ujian dan dugaan.em,katakanlah saje Alhamdulilah.jgn sekali2 kita mengeluh tau!!tak baik utk kesihatan…hahhahaha.Bile je sebut je pasal tu semua hehhehe…..sabor je la.

Dah la tu…sok2 sambung lagi.bubye…

MIDA my last day 29/02/08

February 27th, 2008 by pinggiran

well akhirnya shima tetap dgn keputusan utk meninggalkan MIDA.Anyway i learn a lot at here.will mis all of my fwen.but they will be always in my heart 4 ever.walaupun berat hati tapi i choose to be full time house wife.thats more better i think for me and for my daughters.wawawawawa…. =( so kpd sesiapa yg shima terlupa nak say bubyee tu jgn la kecik hati ok….beginilahakhirnya.but ramai gak la yg ingat shima dpt keje tempat lain tapi sebenarnya tidak sama sekali la wahai semua kengkawan ku.tak caya jugak..em..terpulang la k. hidup ini pasti berlaku perubahan yg kita tidak duga oleh itu shima senantiasa bersedia menghadapi semua itu…bak kata pepatah Melayu "sediakan payung sebelum hujan beb!!! " that’s all for now k….. love u all…. regards, shima petchem

all about 2008

January 29th, 2008 by pinggiran

pertama kalinya aku pd thn ini 2008 aku mencatitkan sesuatu kat blog ni..alhamdulilah kehidupan bertambah baik dan kewangan pun makin la stabil.but still kena berjimat cermat untuk masa depan.perancangan mmg byk gile for this year.i hope semua berjln lancar mcm yg dirancang.i want to spend more time with husband n our kids.love them so mouch sampai tak terhitung kasih n syg yg telah ku curahkan.apa saja yg boleh membuatkan mereka gembira pasti akan aku lakukan.sesungguhnya suami n ank2 adalah ibarat nyawaku sendiri.tanpa mereka disisiku pasti tidak lengkap kehidupan ini.but the most important nak cepat2 dapatkan lesen memandu.aru senang skit..tak lah asyik bergantung harap ngan hubby je.ahaks!!!!insyallah pasti aku dpt melakukannya jika disertai dgn kesungguhan.excited gile..huh!!!!sokongan dari hubby , family n prends amatlah berguna tatkala aku memerlukan mereka …mereka senantiasa disisiku.thanks to all of them….cyg u all.kalo ada kesempatan pertengahan tahun ini  ma nak balik kelantan tgk nenek hubby.at the same time nak shopping la..apa lagi.hubby anak yatim piatu so i have to care him more n more….coz there was a lot off things yg selama ini dilalui dgn penuh kepayahan n kesusahan.bersyukur sgt bile dia yg menjadi suamiku..mana tak nya we married time aku 19years old…after SPM.dah tentunya aku sperti keanak-anakan..thnks abg.u are my life and soul.thats all for now…i will write something else next post..k…

sweet n sour

December 2nd, 2007 by pinggiran

Happiness keeps u Sweet,

Trials keep u Strong,

Sorrow keeps u Human,

Failure Keeps u Humble,

Success keeps u Glowing,

AND MISUNDERSTANDINGS KEEPS U IN PAIN,

But its only God that Keeps u Going……. 


our life

December 2nd, 2007 by pinggiran

Be strong enough to face the world each day. Be weak enough to know you cannot do everything. Be generous to those who need your help. Be frugal with what you need yourself. Be wise enough to know that you do not know everything. Be foolish enough to believe in miracles. Be willing to share your joys. Be willing to share the sorrows of others. Be a leader when you see a path others have missed. Be a follower when you are shrouded in the midst of uncertainty. Be the first to congratulate an opponent who succeeds. Be the last to criticize a colleague who fails. Be sure where your next step will fall, so that you will not stumble. Be sure of your final destination, in case you are going the wrong way. Be loving to those who love you. Be loving to those who do not love you, and they may change. Above all, be you rself!

November 27th, 2007 by pinggiran

well i dont know nak tulis apa actually..but ada something yg shima nak share ngan korang smua.sememangnya kita takkan dapat apa yg dihayati andai tidak berusaha utk mendapatkannya.dlm hidup ini byk onak dan duri yg perlu dihadapi.kita kenalah tabah..jgn cepat mengalah.jiwa pasti akan meronta menginginkan sesuatu yg tidak pasti …so gunakanlah daya pemikiran kita setiap masa dan ketika.makin bertambah usia kita maka makin matanglah cara seseorang itu berfikir.bila dugaan dtg melanda beri fokus pada permulaan ianya berlaku..then atasi semua itu dgn rasional.

alamak dah bunyi punch card ..so next time shima sambung lagi ok.

best regards,

shima @ nov/2007

Malam pertama ……….

November 14th, 2007 by pinggiran

Malam pertama ……….

 

Malam itu ialah MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!

Pernahkah engkau melihat kuburan?

Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?

Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat?

Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?

Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu?

Bukankah telah silih berganti engkau melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan?

 

Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?"

Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama’ serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza.

"Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?"

 

Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita, lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.

Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak bukan? Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!

Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, adalah diceritakan bahawa Rabi’ bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut. Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia, seraya membaca ayat:

"Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu)." (Surah Al-Mu’minun, ayat 99-100)

Kemudian ia menjawab sendiri; "Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi’.." Dan disebabkan hal tersebut, Rabi’ bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah!

Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti?

Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya. "Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!"

 

 

Bulan Ramadhan Yg Suci & Bersinar

September 14th, 2007 by pinggiran

Tarawih sibuk di sana-sini,
Berkumandang Kalam hingga dinihari,
Ramadan indah yang dinanti,
Kini bersama kita lagi.

Menahan lapar hingga ke petang,
Dahaga dirasa dari pagi,
Dengan nafsu kita berperang,
Agar teguh diri dan hati.

Iman kuat perisai diri,
Taqwa pula senjata hati,
Banyaklah berdoa pada Ilahi,
Agar ibadah ini diberkati.

Diam tak diam, fajar Ramadan telah bermula. Menjengah 1 Ramadan ini, shima kira pintu gerbang terbuka luas untuk memberi peluang kepada kita menerokai erti kehidupan dengan lebih mendalam. Ambil peluang bulan yang mulia ini untuk mempertingkatkan amal ibadah kita. kerana bulan Ramadan adalah sebaik-baik bulan untuk melipat-gandakan pahala untuk segala amal kebaikan kita, Insya-Allah. Di awal Ramadan ini, elok kiranya kita berfikir dan mena’kul apakah tujuan sebenar kita dihidupkan dalam dunia yang fana ini. Bermula dengan ditiupkan ruh, dihidupkan sebagai bayi, dibesarkan sebagai seorang remaja, kemudian dewasa dan terus bongkok tua. Akhirnya, ditelan bumi jua. Hidup kita di dunia ini sebenarnya penuh dengan likuan yang teramat singkat untuk dilalui. Semoga kita semua bersabar menjalani ibadah puasa serta jangan lupa untuk mengenang orang yang susah. Semoga kedatangan Ramadan menginsafkan kita semua.

Sekian saja tazkirah saya kali ini… hehehehe…Korang bersahur dengan apa ya? Apa pula juadah berbuka untuk hari pertama nanti? Mmm… nampaknya tahun ini saya rasa harga juadah dan lauk pauk di Bazar Ramadan akan naik lagi. Jadi, berjimat cermat lah ya.